RM94.50 RM105.00
Combo Hasrizal Abdul Jamil : Berfikir Dengan Hati (3 Books)
Price RM94.50 RM105.00
Product SKU hasrizal-berfikir
Brand OEM
Availability In Stock
Shipping Fee
Quantity
Description

Available for single or combo purchase. Please choose at variation


1. DIARI ABAH

Catatan DIARI ABAH adalah renungan saya kepada kembara pembelajaran kami sekeluarga, daripada perspektif saya sebagai seorang ayah. Catatan panjang bermula seawal 2002 hingga ke 2020, pasti pelbagai warna akan kelihatan di dalam penerokaan anda di dalam buku ini.

2. SENI BERFIKIR YANG HILANG

Kalaulah boleh diabaikan saja isu-isu yang menyerabutkan kita pada hari ini, pasti hidup akan jadi lebih mudah.

Malang sekali, ia mustahil!

Isu-isu ini akan tetap wujud dan berlegar di sekeliling kita. Tanpa prinsip yang jelas, kita akan mudah dipengaruhi oleh pandangan orang lain.

Mungkin telah sampai masa untuk kita berpatah balik selangkah ke belakang dalam melihat semua isu ini. Mengapakah ia mencetuskan pelbagai konflik?

Melalui buku Seni Berfikir Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengupas enam cabang ilmu yang seharusnya kita kuasai. Ilmu yang membentuk cara fikir kita, sekali gus membantu kita menghadapi isu-isu sekitar kehidupan dengan lebih matang.

 

3. ERTI BERAGAMA YANG HILANG

Jika beragama itu baik, mengapa ada orang beragama yang berperangai sebaliknya?

Ada yang melazimi ibadah, tetapi suka menzalimi dan menindas orang lain.

Ada yang rajin membaca al-Quran, tetapi menerima rasuah dan saling bermusuh apabila tidak sefahaman.

***

Tidak dapat dinafikan, kehidupan dan tingkah laku seseorang banyak didorong oleh kefahamannya terhadap agama. Jika benar kefahaman tersebut, maka akan benarlah juga kehidupan dan tingkah lakunya.

Andai kita memperbaiki cara kita memahami agama, kita ibarat memperelok kehidupan kita secara seluruhnya.

Melalui buku Erti Beragama Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil menjelaskan sudut-sudut agama yang sering dilupakan dan disalahfahami.

Antaranya perkaitan akidah dan ibadah dengan kehidupan, acuan akhlak, juga isu perhubungan sesama manusia, agar kita dapat melalui kehidupan di dunia dengan baik sekali gus mengecapi kenikmatan hidup yang abadi di akhirat kelak.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews