RM30.00
Imran Zaki: Mendakap Kesedihan Dengan Al-Quran by Imran Zaki
Price RM30.00
Product SKU 9789672459286
Brand Iman Publication
Availability In Stock
Shipping Fee
Quantity
Description

Penulis: Imran Zaki

Penerbit: IMAN Publication

Tahun Terbitan: 2021 

Bahasa: Bahasa Melayu

Genre: Motivasi Islami

ISBN: 9789672459286

Bil. Muka surat: 222 m/s

Format: Paperback

Harga: RM30.00

Berat: 0.32 kg

 

Sinopsis:

‘Sabarlah, jangan menangis.’ 

Kita sering ungkapkan kata-kata ini kepada diri yang sedang bersedih. La tahzan, kata kita. Seakan-akan tangisan itu sesuatu yang negatif dan salah.

Benarkah kita dilarang untuk berasa sedih? 

 

Andai kita rasa terbuang; Yusuf AS juga begitu. 

Andai kita pernah melalui konflik berkeluarga; Yaakub AS juga begitu.  

Andai kita pernah dikhianati teman; Lut AS juga begitu. 

 

Kita menangis; Yaakub AS juga menangis, sehingga buta matanya.

Kita rasa hidup tidak lagi bermakna; Maryam AS juga pernah rasa begitu, sehingga terlahir kata-kata penyesalan dari bibirnya.

Sebenarnya, apakah respons al-Quran terhadap kesedihan yang kita bahkan para nabi rasai? 

 

Imran Zaki menerusi buku ini membawakan perspektif al-Quran yang mendakap diri kita saat dirundung kesedihan. Al-Quran menganjurkan tata cara mengurusnya, serta membimbing tangan kita untuk move on dan melangkah ke hadapan.

 

Profil Penulis 

IMRAN ZAKI merupakan Naib Juara program Da'i Pendakwah Nusantara Musim Ke-6. Berkelulusan Darul Quran JAKIM, beliau aktif mendalami dan menyampaikan ilmu-ilmu berkait al-Quran. Mendakap Kesedihan Dengan Al-Quran ialah debut pertama beliau dalam dunia penulisan buku.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews